DVS bakal perkenal kemudahan e-payment
Dec 11th
Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang didalam proses mengintegrasikan gerbang pembayaran atas-talian (e-payment gateway) dengan laman web rasminya dan dijangka siap pada Februari 2010.
Fasiliti ini akan menerima pembayaran daripada orang ramai khasnya penternak, pengusaha dan pedagang untuk permohonan permit bagi pemindahan ternakan domestik dan pengimportan/ pengeksportan di peringkat antarabangsa.
Melalui pembayaran secara atas-talian, pihak terbabit tidak perlu lagi berurusan secara terus dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui kaunter. Sebaliknya semua urusan permohonan dan pembayaran kelak boleh dibuat melalui internet sahaja.
Lawatan ke ladang oleh peserta Orientasi PNP 2009
Dec 11th


Pada 22 November 2009, seramai 31 orang peserta Kursus Orientasi Kumpulan Pengurusan & Profesional (PNP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyertai lawatan ke pusat ternakan ayam kampung di Kampung Dato Abdul Samad dan pusat ternakan kambing di Kampung Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
Kedua-dua lawatan tersebut telah memberi peluang kepada para pegawai baru untuk melihat sendiri bagaimana aktiviti penternakan dijalankan dan berinteraksi secara terus dengan para penternak, dan mendengar permasalahan dan pandangan yang diutarakan.
Ini secara tak langsungnya akan menjadi pencetus idea kepada para peserta, apakah peranan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membantu pihak penternak memperbaiki dan mempertingkat kualiti dan output perusahaan mereka.
Kementerian Kewangan lulus peruntukan pembangunan Sistem HRP
Dec 11th
Budget 2010 yang dibentangkan baru-baru ini telah meluluskan peruntukan sebanyak 24 juta untuk pembangunan sistem High Risk Profiling, iaitu sebuah sistem maklumat canggih yang akan memantau kemasukan kontena di pelabuhan bagi membanteras penyeludupan produk haiwan dari luar negara.
Pembangunan sistem ini akan melibatkan agensi-agensi seperti Halal Development Corporation (HDC), Kastam Diraja Malaysia dan Malaysia Quarantine Services (MAQIS), selain Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak sebagai teras utama. Perlaksanaan projek dijangka dibuat secara pilot di empat (4) Pintu Masuk Laut dan tiga (3) Pintu Masuk Darat.
Semoga pembangunan sistem ini kelak akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai salah sebuah negara pendahulu dalam industri makanan Halal.